Posts

Showing posts from September, 2018

BANTUAN AWAL UNTUK ANAK NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum, Hai apa khabar semua, semoga korang sihat dan ceria selalu. aminn Okay pada post kali ni saya nak post tentang bantuan awal. Tujuan saya buat post ni sebab pada masa dulu ketika nk masuk diploma saya tidak pernah tahu pun apa- apa bantuan pun sebab ramai kawan saya masuk stpm. Mase ni rase rugi sangat kerana sudah terlepas tarikh. Seingat saya mula ambil bantuan zakat pada tahun 2 diploma saya dan seterusnya tahun 3 diploma. Bila dah sambung degree ini saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama saya kumpul maklumat daripada kawan - kawan dan juga google. Setakat ini saya tahu ada 2 bantuan yang disediakan untuk anak terengganu iaitu YAYASAN TERENGGANU dan MAIDAM. Untuk diploma bantuan awal yayasan terengganu saya tak pasti kalau maidam RM800. Untuk peringkat ijazah pula korang akan dapat bantuan awal maidam sebanyak RM1000 dan yayasan terengganu pula RM1500. Banyakkan rase rugi pula masa diploma tidak mohon. Untuk anak terengganu yang baru nak masuk belajar...

Jalan Jalan di Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt. Hai, pada post kali ini saya ingin menceritakan jalan jalan si sekitar Kuala Lumpur. Okay pada asalnya saya dan kawan kawan saya merancang untuk berjalan jalan di sekitar Kuala Lumpur kenapa kami pilih Kuala Lumpur sebab kami dari berlainan Universiti perlu berkumpul di Kuala Lumpur memangdangkan fasiliti pengangkutan tertumpu di Kuala Lumpur lagi pun kami semua tidak lagi mempunyai kenderaan sendiri. Pada pagi sabtu 22/9 saya mula bertolak dari UKM Bangi bersama 3 rakan saya yg lain. Nama di Pzain dan Wahida. Terlupa saya nak bagi tahu yang kawan kawan yang hendak berkumpul tersebut merupakan rakan kampung saya yang belajar di negeri selangor. okay dah kita sambung balik. hahaha. Kami bertolak dari UKM menggunakan bas perantara MRT ke Stadium Kajang dengan kami di kenakan RM1 untuk bas. Memandangkan kami tidak tahu arah tuju nk ke bandar Kuala Lumpur kami menggunakan  link ini (klik)  untuk arah tuju kami. dengan link tu kamu semua boleh tahu bas/mrt/...

PENGALAMAN SEMINGGU DI UKM

Image
Assalamualaikum wbt. Hai semua, ni merupakan pertama kali saya menulis blog. Orang lain dah lama main blog blog ni kita baru nak main tapi takpelah tidak salah nak mencuba benda baru. Okay apa yang menarik minat saya tentang berblog ni kita boleh luah sebanyak mana yang kita nak tak macam media sosial yang lain tak nak lah sebut yang mana tapi korang semua mesti tahu lah. hahahah Sebelum tu saya nak perkenalkan diri saya dulu, nama saya Mohammad Shafiq bin Zulkifli dan saya lahir di Kuantan dan menetap di Kemaman, Terengganu. Saya merupakan lepasan Diploma di salah sebuah kolej di Kuantan iaitu Widad University College ataupun dulu orang panggil Shahputra University College. Pade masa tu sempat merasa Shahputra selama setahun lebih lepastu beralih kepada pengurusan baru iaitu Widad University College dan semestinya masa dibawah pengurusan Widad lagi best. hahahaha. Masa di diploma dulu saya ambil Diploma Pengajian Perniagaan dan kini Alhamdulillah saya dah berjaya sambung di Univer...