BANTUAN AWAL UNTUK ANAK NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum,
Hai apa khabar semua, semoga korang sihat dan ceria selalu. aminn
Okay pada post kali ni saya nak post tentang bantuan awal. Tujuan saya buat post ni sebab pada masa dulu ketika nk masuk diploma saya tidak pernah tahu pun apa- apa bantuan pun sebab ramai kawan saya masuk stpm. Mase ni rase rugi sangat kerana sudah terlepas tarikh. Seingat saya mula ambil bantuan zakat pada tahun 2 diploma saya dan seterusnya tahun 3 diploma.
Bila dah sambung degree ini saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama saya kumpul maklumat daripada kawan - kawan dan juga google. Setakat ini saya tahu ada 2 bantuan yang disediakan untuk anak terengganu iaitu YAYASAN TERENGGANU dan MAIDAM. Untuk diploma bantuan awal yayasan terengganu saya tak pasti kalau maidam RM800. Untuk peringkat ijazah pula korang akan dapat bantuan awal maidam sebanyak RM1000 dan yayasan terengganu pula RM1500. Banyakkan rase rugi pula masa diploma tidak mohon.
Untuk anak terengganu yang baru nak masuk belajar, dekat sini saya akan list macam mana nak mohon bantuan zakat.
MAIDAM:
Bantuan Awal
1. Mula mula korang pergi dekat webiste http://www.espmb.com/maidam_zakat/ dekat dalam ini ada banyak jenis bantuan zakat
2. Lepastu korang klik Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS
3. Isi maklumat yang diminta
4. Print BORANG PERMOHONAN tu
5. Sediakan borang yang diminta dan wajib disahkan oleh ketua kampung masing masing, penghulu, dan mana mana berkaitan

- Borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan disahkan
- Salinan kad pengenalan Pemohon, Bapa, Ibu, Adik beradik yang disahkan
- Salinan no akaun atau muka depan buku bank (selain tabung haji dan asb) yang disahkan
- Salinan Slip gaji Ibu dan bapa kalau tidak slip gaji boleh dapatkan borang pengesahan pendapatan dengan ketua kampung, penghulu dan mana mana yang berkaitan yang disahkan.
- Salinan sijil SPM/STAM/STPM/DIPLOMA yang disahkan
- Salinan sijil mati (jika berkaitan) yang disahkan
- Salinan Surat Tawaran yang disahkan
- Salinan borang bermaustatin jika lahir luar pada terengganu borang boleh didapati di ketua kampung masing masing, penghulu, dan mana mana berkaitan.
Bantuan Pengajian
Untuk bantuan pengajian ini berbeza dengan bantuan awal. Untuk bantuan pengajian ni pula korang boleh mohon setiap tahun sekali sahaja. sama sahaja apa yang diminta cuma ada sedikit perbezaan dari segi lampiran diminta.
1. Mula mula korang pergi dekat website yang sama seperti di atas tu http://www.espmb.com/maidam_zakat/
2. Klik permohanan Permohoan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.
3. Isi maklumat yang diminta
4. Print BORANG PERMOHONAN tu.
5. Sediakan borang yang diminta dan wajib disahkan oleh ketua kampung masing masing, penghulu, dan mana mana berkaitan
- Borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan disahkan
- Salinan kad pengenalan Pemohon, Bapa, Ibu, Adik beradik yang disahkan
- Salinan no akaun atau muka depan buku bank (selain tabung haji dan asb) yang disahkan
- Salinan Slip gaji Ibu dan bapa kalau tidak slip gaji boleh dapatkan borang pengesahan.pendapatan dengan ketua kampung, penghulu dan mana mana yang berkaitan yang disahkan.
- Salinan sijil SPM/STAM/STPM/DIPLOMA yang disahkan.
- Salinan sijil mati (jika berkaitan) yang disahkan.
- Salinan borang bermaustatin boleh dapatkan borang dengan ketua kampung, penghulu dan mana mana yang berkaitan yang disahkan.
- Salinan keputusan/gpa semester terkini yang disahkan.
- Salinan pengesahan pelajar yang disahkan pengesahan.
YAYASAN TERENGGANU
Untuk yayasan terenganu hanya bantuan awal sahaja disediakan. Untuk yayasan terengganu ni dia macam ketat sikit. kalau boleh semua borang wajib ada dan disahkan, untuk kes saya saya tidak ada sijil berhenti sekolah rendah. saya call yayasan terengganu dan bernasib baik dia cakap hanya sediakan sijil berhenti sekolah menengah sekolah sahaja dan borang itu yayasan sudah terima. Ini kerana sijil tersebut tidak disebabkan oleh banjir besar di kemaman.
1. Mula mula koran pergi ke website http://my03.awfatech.com/ytrg2/sps/tajaan/reg.php
2. Isi maklumat yang diminta
3. Print BORANG PERMOHONAN.
4. Sediakan borang yang diminta dan wajib disahkan oleh ketua kampung masing masing, penghulu, dan mana mana berkaitan
- Borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan disahkan
- Salinan surat tawaran yang disahkan
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa yang disahkan.
- Salinan surat beranak pemohon yang disahkan
- Salinan borang bermaustatin yang mana berkenaan boleh dapatkan borang dengan ketua kampung, penghulu dan mana mana yang berkaitan yang disahkan.
- Salinan sijil SPM/STAM/STPM/DIPLOMA yang disahkan.
- Salinan sijil berhenti sekolah rendah yang disahkan.
- Salinan sijil berhenti sekolah menengah yang disahkan.
- Salinan muka surat depan akaun BSN yang disahkan dan akaun mestilah aktif.
Maklumat tambahan untuk yayasan terengganu pihak mereka hanya menggunakan akaun BSN sahaja untuk memberi zakat manakala untuk maidam bebas. Pastikan sediakan lampiran yang diminta tu cukup sebab diorang tidak akan terima borang tidak lengkap.
Untuk bantuan atau maklumat tambahan korang boleh comment di bawah dan insyaAllah saya akan bantu setakat mana yang saya tahu. Jumpa lagi di post seterusnya.
Comments
Post a Comment