JALAN- JALAN DI MELAKA
Pada entry kali ini Shafiq nk cerita tempat yang menarik di Melaka. Shafiq pergi Melaka solo sahaja dan teringin melihat bandar Melaka yang dah lama Shafiq tak pergi. Last Shafiq pergi Melaka semasa Shafiq darjah 5.
Antara tempat yang Shafiq pergi free melaka heritage trail. dekat sini rakan rakan dapat lihat banyak kesan tinggalan sejarah yang kekal sehingga kini. Seterusnya Shafiq pergi dekat muzium kapal selam di klebang. Muzium Kapal Selam kira-kira setengah jam berkenderaan dari bandaraya bersejarah ini bukan sahaja memberi peluang untuk melihat exterior kapal seumpama ini, malah pengunjung dapat memasuki kapal tersebut dan melihat keadaan dalam kapal. Di sini, dapat melihat bahagian kawalan, bilik tidur, bilik makan, dapur dan tandas yang digunakan anak kapal. Selain kapal selam, pengunjung juga berpeluang untuk melihat jet pejuang tapi hanya untuk lihat sahaja dan tidak boleh masuk.

tempat last sekali yang Shafiq sempatpergi di Menara Taming sari. tempat ini menawarkan panoramic view bandaraya Melaka, Menara Taming Sari adalah salah satu tarikan popular di sini. Menara ini menyediakan tempat duduk yang selesa dan dilengkapi penghawa dingin. Bahagian yang menempatkan tempat duduk akan berputar membolehkan melihat pemandangan 360⁰ bandaraya Melaka. tempoh masa diambil atas ini adalah 7 minit.
Shafiq cadang bagi yang tak tahu nak jalan di mana boleh jalan jalan di Melaka. terdapat banyak tempat yang menarik. tetapi Shafiq pergi hanya 1 hari dan sempat pergi 3 tempat ini sahaja. terima kasih.
Comments
Post a Comment