KE BUKIT BROGA BERSAMA ALUMNI UKM

Hai Assalamualaikum, pada post harini saya nak bercerita tentang pergi mendaki bukit di Bukit Broga, Semenyih. Ini merupakan pertama kali saya mendaki Bukit Broga.

Pada awalnya Alumni UKM datang dari bilik ke bilik untuk mencari sesiapa yang berminat untuk mengikuti program tersebut. Pada mase itu aya terfikir hendak pergi ke tak nak sebab kawan kawan di aras saya tidak dapat pergi kerana perlu menjalani peperiksaan. Tapi tidak ape lah saya isi je nama. 

2 orang kawan saya berminat untuk mengikuti program ini sorang dari Unikl Business School dan sorang lagi dari rakan seUKM.

Tentatif pertama kami ialah berkumpul pada 10.00  malam di Masjid UKM kami bermalam di situ secara ramai- ramai. Ini kerana dapat memudahkan untuk bangun sekali. Pada malam itu kami bermain werewolf sesuatu aplikasi permainan yang boleh secara ramai ramai. 

Pada pukul 4 pagi kami bangun dan bersiap siap untuk bertolak ke Bukit Broga. Kami siap siap mengambil air wudhuk kerana kami akan berjemaah di atas bukit. Kami bertolak ke Bukit Broga dengan menaiki 4 buah kereta seramai 21 orang. Perjalanan kami memakan masa 45 minit. Setibanya di sana ramai orang yang dah sampai ada juga dari kalangan universiti yang lain walaupun hari masih lagi gelap.

Untuk mendaki ke puncak memakan masa selama 45 minit. Semasa mendaki kami dapat  menghirup udara yang segar dan pemandangan yang indah. Kami berpeluang melihat matahari terbit di mana ia merupakan pengalaman pertama saya melihat matahari terbit

Apa yang saya dapat semasa mendaki ialah menjalinkan ikatan sesama penghuni kolej ungku omar. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN SEMINGGU DI UKM

BANTUAN AWAL UNTUK ANAK NEGERI TERENGGANU

PTSL UKM